Get Free Consultation!
We are ready to answer right now! Sign up for a free consultation.
I consent to the processing of personal data and agree with the user agreement and privacy policy
Social Entrepreneurship Uni-Challenge 2024 adalah satu program kerjasama di antara UUM, PUNB, Usahawan komuniti di sekitar Kubang Pasu, dan pensyarah & pelajar daripada beberapa pusat pengajian di UUM .
Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) menjadi penganjur bersama PUNB menganjurkan Program PUNB-SBM, UUM Social Entrepreneurship Uni-Challenge 2024. Program ini dianjurkan untuk membantu pelbagai pihak terutama pelajar dan juga komuniti usahawan mikro setempat untuk menambahbaik perniagaan usahawan-usahawan mikro. Program ini bertujuan untuk melatih para pelajar mempraktikkan ilmu keusahawanan dan pengurusan yang dipelajari dalam dewan kuliah untuk dipraktikkan bersama usahawan mikro dengan bantuan pensyarah-pensyarah yang berpengalaman dalam bidang keusahawanan.
Program ini di adakan bagi mencapai objektif berikut:
Memupuk pembudayaan keusahawanan dalam kalangan pelajar.
Memberi peluang bagi pelajar mempraktiskan nilai dan kemahiran keusahawan dari peringkat awal sehingga praktikal.
Mendedahkan pensyarah serta pelajar kepada usaha melaksanakan aktiviti perniagaan dengan mengaplikasikan ilmu keusahawanan melalui penglibatan perniagaan diperingkat mula (starts-up) dan menambahbaik perniagaan usahawan mikro.
Memberi ruang kepada pensyarah, pelajar untuk mempraktikkan ilmu keusahawanan di lapangan.
Melalui pendekatan ini, pelajar bukan sahaja dapat memperkukuhkan pengetahuan teori mereka dengan pengalaman praktikal, tetapi juga memberikan impak positif kepada komuniti setempat. Program ini selaras dengan objektif UUM untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga mampu memberi sumbangan kepada pembangunan ekonomi dan masyarakat melalui inovasi dan keusahawanan. Program ini akan dilaksanakan bagi 5 Fasa:
Fasa 1 - Pembentukan Kumpulan daripada pelajar UUM sebagai Konsultan Muda - SBM UUM
Fasa 2 - Latihan diberikan kepada Konsultan Muda dan Usahawan Mikro - UUM / PUNB
Fasa 3 - Perlaksanaan Penambahbaikan dan Pemantauan Usahawan Mikro terpilih.
Fasa 4 - Penilaian kepada Usahawan dan Konsultan Muda
Fasa 5 - Pembentangan projek dan penyampaian sijil serta hadiah kepada pemenang kumpulan Konsultan Muda terbaik
Program Konsultan Muda ini diharap dapat mencapai objektif utamanya iaitu memberikan peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam situasi dunia nyata, sambil membantu usahawan mikro meningkatkan pendapatan dan kemajuan perniagaan mereka.
SBM, COB
UUM Sintok
We will answer any questions you may have about our online sales.
We are ready to answer right now! Sign up for a free consultation.
I consent to the processing of personal data and agree with the user agreement and privacy policy