Get Free Consultation!
We are ready to answer right now! Sign up for a free consultation.
I consent to the processing of personal data and agree with the user agreement and privacy policy
Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), UUM dengan kerjasama Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah menganjurkan Social Entrepreneurship Unichallenge 2024. Program ini dianjurkan secara bersama untuk menyempurnakan hasrat PUNB dalam membantu pelbagai pihak terutama pelajar dan juga komuniti usahawan mikro setempat untuk menambahbaik perniagaan usahawan-usahawan mikro .Program ini bertujuan untuk melatih para pelajar mempraktikkan ilmu keusahawanan dan pengurusan yang dipelajari dalam dewan kuliah untuk dipraktikkan bersama usahawan mikro dengan bantuan pensyarah-pensyarah yang berpengalaman dalam bidang keusahawanan.
Turut diadakan adalah Pertandingan di antara kumpulan yang terlibat dari aspek kreativiti & inovasi, kemajuan perniagaan usahawan yang di bantu, serta ilmu yang dilatih serta dipraktikkan oleh pelajar serta usahawan terlibat. Melalui program ini adalah diharapkan pelajar akan dapat meningkatkan kemahiran pratikal sebagai satu kaedah dalam menjayakan perniagaan usahawan di bawah bimbingan mereka. Adalah di harapkan program ini akan membantu pelajar menyuntik pengetahuan dan pengalaman berkaitan dengan kemahiran keusahawanan selain dapat meningkatkan aspek pembudayaan keusahawanan pelajar serta usahawan.
Keusahawanan sosial semakin meningkat popular dan kini diiktiraf sebagai elemen yang signifikan untuk menangani masalah sosial dan alam sekitar. Keterlihatan peranan keusahawanan sosial dalam mengatasi masalah ekonomi juga turut meningkat
Melalui keusahawanan sosial, kaedah, cara dan strategi keusahawanan akan dikenalpasti dalam menyediakan penyelesaian sistemik kepada permasalahan sosial dan alam sekitar. Aktiviti keusahawanan social sememangnya konsisten dengan peranan yang dimainkan oleh sektor awam dan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (Corporate Social Responsibility).
Di peringkat global, perusahaan sosial telah diiktiraf oleh pihak kerajaan sebagai rakan strategik dalam mengenal pasti dan memenuhi keperluan pelbagai lapisan masyarakat. Dalam erti kata lain, perusahaan sosial berperanan secara langsung membantu pihak kerajaan untuk menyantuni mereka yang terpinggir dan sering tercicir daripada program bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan.
Keusahawanan sosial telah menjadi gerakan yang semakin berkembang di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dengan semangat untuk mencapai perubahan sosial yang positif, semakin ramai individu & organisasi bergabung tenaga untuk mencipta impak yang ketara dalam menangani pelbagai masalah sosial & alam sekitar.
Keusahawanan sosial di Malaysia melangkaui sempadan tradisional perniagaan dan berusaha untuk mencari penyelesaian yang mampan dan inovatif kepada masalah kompleks yang dihadapi oleh masyarakat. Keusahawanan sosial juga memainkan peranan dalam mengatasi isu alam sekitar dan kelestarian di dalam eko sistem persekitaran.
Kesimpulannya, keusahawanan sosial di Malaysia sedang berkembang pesat, memacu perubahan positif melalui penyelesaian inovatif dan usaha kolaboratif. Daripada meningkatkan peluang pendidikan kepada menangani cabaran alam sekitar, keusahawanan sosial telah menunjukkan dedikasi yang luar biasa untuk mencipta masa depan yang lebih baik untuk masyarakat. Dengan sokongan berterusan daripada kerajaan, sektor swasta dan komuniti, perusahaan sosial akan terus memberi impak yang besar dalam membina Malaysia yang lebih inklusif dan mampan. Bersama-sama, kita boleh membuka jalan ke arah masa depan yang lebih cerah dan sejahtera melalui kuasa transformatif keusahawanan sosial.
We will answer any questions you may have about our online sales.
We are ready to answer right now! Sign up for a free consultation.
I consent to the processing of personal data and agree with the user agreement and privacy policy